Sunday 21 April 2013


Pencegahan relapse
Definisi relapse
Ø  Mendefinisikan relaps sebagai penggunaan semula dadah selepas berhenti mengambilnya untuk suatu tempoh tertentu. ( Rasmussen 2009)
Ø  Memberikan takrifan relaps sebagai suatu proses kembali semula kepada keadaan perilaku yang tidak sihat yang membawa kepada pengunaan semula bahan( dadah) (dennis 1989)
Ø  Memberi takrifan relaps sebagai kegagalan sesorang individu untuk mempertahankan perubahan tingkahlaku atau gagal untuk memulakan sesuatu perubahan dalam hidupnya selepas apa yang berlaku terhadap dirinya ( mengambil dadah) (Annis 1994)

Ciri-ciri penagih relaps
1.      Berasa keliru
2.      Mudah marah
3.      Hilang keyakinan
4.      Kurang bersemangat
5.      Sukar tidur
6.      Suka bersendirian
7.      Tidak dapat mengawal tekanan

Siapakah  individu berisiko tinggi relaps
Marlatt & Gordon( 1985)
1.      Beremosi negatif
-merujuk kepada seseorang yang mengalami perasaan marah , kecewa, berdukacita, sedih
- apabila seseorang berada dalam keadaan emosi negatif dan tidak stabil, keadaan ini mendorong untuk relaps semula.
      2. Mengalami konflik interpersonal
 -merujuk kepada seseorang yang mengalami perselisihan    faham yang berlaku antara individu dalam sebuah perkahwinan, antara keluarga, rakan sekerja, ataupun masyarakat disekeliling dirinya.
-konflik yang wujud dalam diri penagih sekiranya tidak ditangani mendorong kepada     keadaan relaps.        
      3. Menghadapi tekanan sosial
 - merujuk kepada seseorang yang mengalami tekanan daripada keadaan persekitiraannya yang mencetuskan tabiat menggunakan dadah.
- tekanan sosial ini terdiri daripada 2 iaitu (1) tekanan langsung dan (2) tekanan tidak   langsung.

Tekanan langsung
-Berkaitan dengan interaksi secara lisan antara individu atau kumpulan tertentu yang memberi tekanan kepada individu terbabit
-Contoh : penagih yang telah pulih ditawarkan dadah atau didesak untuk menggunakan semula dadah oleh rakan atau kumpulan tertentu.

Tekanan tidak langsung
-Bermaksud keadaan persekitaran yang mendorong penagih yang telah pulih untuk kembali relaps.
-Contoh : tempat tinggal yang merupakan sarang penagihan atau ada ahli keluarga yang masig menagih ( tinggal serumah)

Apakah teori yang berkaitan dengan penagihan relaps
Teori perlabelan (howard becker, 1963)
-          Kejadian relaps boleh berlaku apabila seseorang atau sekumpulan masyarakat tertentu melabelkan penagih dengan label yang tidak baik( seperti mempersilakan penagih sebagai individu tidak berguna , penjenayah & sampah masyarakat)
-          Kesan daripada itu, menyebabkan seseorang yang dilabel tidak baik itu berkecenderungan tinggi untuk kembali relaps( kembali kepada penghidupan asal dengan cara mengulangi ketagihan terhadap dadah)
-          Menurut teori ini sesuatu penyakit atau masalah hanya boleh disembuh melalui proses kawalan oleh masyarakat disekeliling individu terbabit( sokongan daripada masyarakat)
Teori keyakinan diri ( Albert Bandura , 1977)       
-          Penagihan relaps boleh berlaku apabila seseorang yang telah dirawat seringkali mengalami kejayaan yang terhad dalam hidupnya( seringkali mengalami kkegagalan untuk berhenti menagih) sehingga menjelaskan tahap keyakinan dirinya untuk berfungsi dengan normal di kalangan masyarakat sekeliling.
-          Teori ini juga menerangkan bahawa( individu) penagih yang mempunyai hubungan sosila yang bersifat menyokong daripada keadaan sekelilingnya akan memperolehi keyakinan diri yang mencukupi untuk membolehkan mereka hidup secara normal danbebas daripada dadah


Faktor yang menyebabkan penagih kembali relaps
1.      Faktor masyarakat
-memandang redah
- mengeji/ memulau
- tidak menyokong
- menghukum
- tidak bersimpati

2.      Faktor keluarga
-          Hubungan renggang
-          Tiada masa
-          Tidak peduli
-          Berpecah belah
-          Tiada komunikasi
-          Keluarga bermasalah

3.      Faktor rakan lama
-          Masih menagih
-          Mendesak
-          Bersimpati
-          Teman berduka
-          Terpengaruh

4.      Faktor pekerjaan ( majikan)
-          Menghina
-          Tidak menerima
-          Pilih kasih
-          Tiada sokongan

5.      Faktor keyakinan diri
-          Tidak mantap
-          Rendah diri

6.      Faktor lain
-          Tempoh menagih terlalu lama
-          Motivasi rendah
-          Strategi  daya tindak lemah


Faktor risiko
- tingkahlaku agresif awal
- Kurang perhatian ibu bapa
- adanya bekalan dadah
- kemiskinan
Faktor pelindung
-          Kawalan diri
-          Hubungan positif
-          Pengawasan dan hubungan ibu bapa
-          Kecekapan akademik
-          Bersikap antidadah
-          Sifat kejiranan yang kuat
Kepentingan Pencegahan relaps
-          Memberi panduan hidup
-          Memutuskan pergantungan kepada dadah
-          Mengelak pnyakit kronik
-          Membantu mengubati penagihan

Model pencegahan relaps
1.      Peringkat peralihan – penagih perlu berusaha mendapatkan pengalaman tentang beberapa simpton dadah
           -Cuba mendapatkan rawatan untuk memulihkan kesan dadah
2. peringkat keseimbangan – merupakan tahap permulaan rawatan ( proses ditoksifikasi)
- tujuan adalah untuk menstabilkan keadaan penagih
3. peringkat permulaan rawatan – pesakit akan mula sedar tentang kesan penyalahgunaan dadah
- bersedia untuk berusaha menguruskan kehidupan mereka tanpa menggunakan dadah.
4. peringkat pertengahan rawatan – bermulanya proses perubahan untuk menyeimbangkan gaya hidup bebas daripada dadah
5. peringkat rawatan akhir- pesakit akan didedahkan dengan proses kaunseling
- tujuan adalah untuk memberi panduan dan mendedahkan mereka kepada risiko yang bakal mendorong berlakunya relaps
6. peringkat pengekalan- merupakan proses seumur hidup untuk meningkatkan  kemahiran bagaimana cara terbaik untuk menangani atau berhadapan dengan sesuatu masalah yang timbul

Peranan pekerja sosial
1.      perlu memberi sokongan ( menerima + rakan pembimbing)
2.      mengubah persepsi/ tanggapan negative terhadap penagih
3.       perlu bersedia / ikhlas sukarela membatu


1 comment: