Saturday 20 April 2013

Dadah, Jenis dan Kesan Terhadap Individu





Apa itu dadah?

ü  Istilah 'Drug' dalam bahasa Inggeris diertikan sebagai  ubat-ubatan. Dalam bahasa Melayu dadah merupakan istilah khusus yang dicipta untuk memberi pengertian penyalahgunaan.

Maksud Penyalahgunaan Dadah

ü  Pengambilan dadah yang berleluasa di luar batas kemanusiaan.
ü  Mengambil dadah bukan untuk tujuan rawatan perubatan.
ü  Mengambil dadah lebih daripada tempoh masa preskripsi.




Definisi Dadah

ü  Menurut AADK (2005) dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang digunakan  bukan untuk tujuan perubatan yang mana penggunaannya dilarang. Bahan-bahan ini menyebabkan pergantungan secara fizikal dan pskologikal serta tolerans yang meningkat. Penggunaan dadah mengakibatkan kesan buruk kepada kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.

Dadah dan Ciri-cirinya

ü  Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang).
ü  Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang.
ü  Diperolehi secara haram.
ü  Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah.
ü  Mendatangkan kesan-kesan buruk/ bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial.


Jenis-jenis dadah

ü  Depresen
ü  Psikotrapik
ü  Opiat


Apa itu Dadah Depresen??

ü  Merupakan bahan perubatan ubat penenang, untuk menukarkan sistem saraf pusat. Ia digolongkan sebagai dadah apabila disalahgunakan.
ü  Dadah Depresen meliputi dadah seperti Methaqualone dan tempat pengeluaran ialah di India, Jepun dan Benua Eropah. Yang kedua ialah Tranquliser dan tempat pengeluaranya ialah di Amerika Syarikat, Mexico dan Colombia. Yang ketiga ialah Eremin 5 dan pengeluaranya ialah di China, Taiwan dan Myanmar.

Kesan Pengambilan dadah Depresen

ü  tidak boleh tidur, lemah lesu, suhu badan meningkat, tekanan darah rendah, muntah-muntah, tidak sedar diri dan mati

Apa itu Dadah Psikotrapik??

ü  adalah dadah yang bertindak kepada otak dan merangsang fizikal.
ü  Dadah Psikotrapik yang dikenali seperti Amphetamine Type Stimulants (ATS) dan pengeluarannya di Jerman, Belanda. Dadah Methamthetamine yang dikenali sebagai syabu dan tempat pengeluarannya ialah di China, Taiwan dan Myanmar. Dadah MDMA( Methylenedioxymeth amphetamine dan Ectasy pula pengeluarannya ialah di Belanda, Jerman dan Indonesia

Kesan Pengambilan Dadah Psikotrapik
ü  perasaan yakin pada diri sendiri boleh berjaga tanpa tidur selama 2 hingga 3 hari, hilang selera makan, bimbang berpanjangan, penurunan berat badan, hilang daya ingatan, penyakit saraf dan jarang tidur.


Apa itu Dadah Opiat??

ü  Juga dikenali sebagai narkotik. Bahan yang digunakan dalam perubatan untuk meniduri atau melegakan kesakitan. Mempunyai potensi yang tinggi terhadap ketagihan.
ü  Jenis-jenis dadah opiat ialah seperti Candu, Heroin, Morfin dan Kodein. tempat pengeluaran ialah di Amerika Selatan, Colombia, Guatamala, Mexico, Asia Tenggara, Burma, Loas, Thailand dan Pakistan.




  •     CANDU MASAK

v  Merupakan candu yang telah disediakan untuk  dihisap. Ia diperolehi melalui proses ringkas yang melibatkan percampuran candu mentah dengan air. Kemudian dipanaskan sehingga pekat dan berwarna hitam.
v  Cara pengambilannya ialah dihisap dengan menggunakan paip.



  •     MORFIN

v  Berasal dari perkataan Merpheus- The Greek God of Dream. Morfin dicipta di Jerman dalam tahun 1803 sebagai ubat dan banyak digunakan oleh tentera semasa perang.
v  Cara pengambilan ialah melalui suntikan, snort(menyedut melalui hidung).





  •     KODEIN

v  Dadah Kodein merupakan sejenis bahan alcohol yang wujud secara semulajadi dalam candu. Di dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan secara sederhana dan sebagai ubat batuk.
v  Cara pengambilan kodein ialah dengan menelan dan menyuntik. Nama jalanan dadah kodein ini ialah sebagai ubat batuk.
v  Penggunaan Kodein digunakan sebagai pelali sakit kesakitan, untuk kelegaan batuk kering, sebagai penawar untuk cirit birit dan digunakan oleh penagih sebagai pengganti dadah. 





  •     HEROIN 

v  Dadah Heroin  pula berasal dari perkataan Jerman iaitu ‘Heroish’ yang bermakna kuat dan digunakan di Jerman dalam tahun 1898 untuk menghilangkan kesan tarikan (fit) morfin. Ia dihasilkan daripada morfin tetapi mempunyai 20-25 kali ganda lebih kuat daripada Morfin. Dalam kalangan penagih ia terkenal dengan panggilan Fit, Fun, Tepung, Cik Putih, Barang, Penang Pink dan sebagainya.



MENGENALI PENAGIH DADAH HEROIN DAN MORFIN

v  Mengantuk
v  Hilang daya pertimbangan
v  Hialang selera makan
v  Cemas
v  Pertuturan tidak jelas
v  Mata hitam mengecil( morfin- membesar )
v  Sembelit/ Cirit birit
v  Halusinasi
v  Tindakbalas lambat



Kesan tarikan heroin & morfin

Ø  Mudah marah dan resah
Ø  Sugul
Ø  Berpeluh berlebihan
Ø  Tidak boleh tidur
Ø  Tegang perut
Ø  Cemas dan takut
Ø  Mata dan hidung berair


KESAN-KESAN PENGGUNAAN ( HEROIN & MORFIN)

-          Risiko dos berlebihan yang boleh mengakibatkan kematian mengejut.
-          Risiko kemalangan yang mana dalam keadaan mabuk ataupun khayal menyebabkan penagih tidak dapat mengawal pergerakan badan.
-          Risiko jangkitan penyakit seperti jangkitan AIDS, hepatitis dan kancing gigi. Keracunan dalam darah juga boleh berlaku apabila penagih menggunakan alat-alat suntikan yang kotor.




No comments:

Post a Comment