FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KESAN DADAH
1-
Jenis Dadah
Perbezaan dari segi kesan fungsi sistem
saraf pusat iaitu sama ada merosakkan (cth: heroin) atau merangsang (cth:
amfetamin & kokain) atau merosakkan dan merangsangkan (cth: ganja)
2-
Jumlah Gunaan
Kesan dari dos kecil adalah berbeza dari
kesan dos besar.
3-
Cara penggunaan
Kesan dadah bergantung kepada cara (sama
ada ditelan, suntik, hidu hisap atau diguna bersama dadah lain), jangkamasa dan
kekerapan mengguna.
4-
Keadaan individu
Kesan adalah bergantung kepada umur,
jantina, berat badan, kesihatan , daya tahan, pengalaman penggunaan dadah, mood
dan aktiviti penagih.
5-
Situasi ketika mengguna
Keadaan/ tempat mengguna dadah sama ada
terdapat orang lain hadir atau tidak bersama mereka.
APAKAH PERGANTUNGAN PADA DADAH?
Pergantungan
pada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau
kedua-duanya yang wujud daripada penggunaan dadah yang berterusan atau pada
waktu-waktu yang tertentu.
Terdapat 2 jenis
pergantungan pada dadah iaitu:
1)
Psikologikal-
pergantungan secara psikik atau psikologikal merupakan satu keadaan dimana
penagih mengalami gian atau mengidam untuk menggunakan dadah supaya dapat
berfungsi secara normal serta mencapai ketenangan jiwa.
2)
Fizikal-
keadaan dimana badan penagih memerlukan dadah untuk proses fisiologi yang
biasa. Jika penggunaan dadah diberhentikan akan menimbulkan gejala-gejala
tarikan. Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu dari segi tingkahlaku
dan fizikal seseorang penagih dadah yang ditunjukkan semasa tidak menggunakan
dadah dalam masa tertentu. Cth, sakit perut, muntah, cirit-birit, menggeletar
dan sebagainya.
Jenis-jenis dadah
Kanabis
Kanabis ialah
istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperolehi dari pokok
‘cannabis sativa’. Jenis-jenis dadah Kanabis adalah Ganja, Marijuana, Hashish,
Hashish Oil.
Ganja diperolehi
dari pokok ganja. Nama popular di Malaysia adalah tahi kambing, sayur, dam,
pot, stone dan sebagainya. Cara penggunaan ganja adalah dengan cara menghisap.
Hashish. Resin
getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan dan
dihasilkanmenjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan lilin. Warnanya
berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam. Hashish digunakan
dengan cara menghisap.
Minyak hashish
dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan menggunakan bahan
pelarut. Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat
apabila terdedah kepada udara. Cara pengambilan adalah dengan menghisap bersama
rokok dan ganja.
Halusinogen
Halusinogen
merupakan dadah asli dan sintatik, berupaya mengubah pandangan visual yang
menyebabkan ilusi sehingga susah untuk membezakan yang benar dan yang tidak
(dadah yang merosakkan jiwa). Antara jenis dadah halusinogen yang biasa
didengar adalah ketamine.
Inhalan
Inhalan ialah
barangan domestik yang bersifat meruap yang boleh mendatangkan kesan khayal
kepada individu. Antara bahan domestik tersebut adalah petrol, thiner, pemetik
api dan gam. Cara penggunaan barang tersebut adalah menyedut melalui hidung dan mulut.
No comments:
Post a Comment