Saturday 20 April 2013



Entry terbaru ni penulis nak update blog mengenai AIDS,, =) dan diharap entry ni dapat membantu semua dalam memahami serba sedikit berkenaan dengan AIDS..

SELAMAT MEMBACA =)

Dadah, kesihatan mental & HIV/AIDS

Apakah yang dimaksudkan dengan AIDS??
Penyakit AIDS merupakan ‘Acuired Immune Deficiency Syndrome’ (Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit). Ianya disebabkan oleh jangkitan virus yang melemahkan atau melumpuhkan sistem pertahanan badan. Akibatnya, badan tidak berupaya melawan serangan pelbagai jenis kuman lain yang biasanya tidak menyebabkan penyakit dikalangan individu yang sihat.

Kuman HIV
Kuman penyebab penyakit HIV dipanggil ‘Human Immuno-deficiency Virus’ (HIV). Kuman  ini boleh hidup dan membiak dalam badan manusia. di luar badan, kuman ini boleh dimusnahkan pada suhu lebih dari 56 darjah celcius dan juga oleh bahan kimia seperti klorin yang terdapat dalam air paip. Kuman HIV terdapat di dalam semua bendalir badan manusia terutamanya (konsentrasi yang tinggi) dalam darah, air mani dan cairan Vagina orang-orang yang telah dijangkiti oleh kuman ini (pembawa kuman HIV).

Cara HIV berjangkit.
1-      Berkongsi jarum suntikan dengan orang yang dijangkiti. Cth, penagih dadah
2-      Dari ibu hamil yang dijangkiti kepada bayi kandungan, semasa kelahiran atau semasa penyusuan ibu.
3-      Perhubungan seks dengan mereka yang telah dijangkiti kuman HIV secara sama ada secara homoseksual, biseksual dan hetereoseksual
4-      Penerimaan organ, darah, tisu, sperma dan lain-lain dari penderma yang dijangkiti HIV.


Sindrom AIDS

Tanda  dan gejala
    - Hilang berat badan secara mendadak
          - Cirit birit berpanjangan
            - Bengkak kelenjar 
             -  Keletihan teruk
         -  Keputihan dimulut
         -  Batuk berpanjangan dan sesak nafas
          -   Kulit melepuh

Ujian darah 

Ujian darah ini adalah untuk mengesan antibodi terhadap kuman HIV. Antibodi ini adalah bahan yang dihasilkan oleh badan seseorang yang dijangkiti kuman HIV. Pengesanan awal jangkitan ini boleh membantughidap menjaga tahap kesihatan mereka dan mencegah dari menjangkiti virus HIV kepada orang lain tanpa sedar.
Keputusan POSITIF, bermakna wujid antibodi HIV dalam darah anda. Dapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor dengan segera
Keputusan NEGATIF, tidak bermaknaanda bebas dari jangkitan HIV. Anda mungkin berada dalam waktu jendela (Window period), iaitu 45-60 hari dari tarikh kuman HIV masuk ke dalam tubuh, iaitu satu jangkamasa di mana antiboodi HIV seseorang belum dihasilkan walaupun telah dijangkiti HIV.

Jenis ujian makmal
1.      Ujian Antibodi Hiv
2.      Ujian CD4
3.      Ujian ‘Viral load’
4.      Perkhidmatan Kaunserling.


Rawatan dan vaksin

v   Rawatan
Sehingga kini masih TIADA rawatan bagi AIDS. Semua pesakit Aids akhirnya akan mati disebabkan penyakit ini. (tanpa rawatan pesakit aids boleh maut dalam masa 2 tahun.

v  Vaksin
Masih tiada vaksin yang sesuai dan masih lagi diperingkat percubaan.
Peranan pekerja sosial dalam mencegah HIV/AIDS
Sebagai pekerja sosial dan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab anda perlu menjauhkan diri dari terlibat dengan sebarang aktiviti yang boleh merebakkan AIDS.  Selain itu, anda juga perlu menasihati dan mempengaruhi sahabat, saudara mara dan orang lain yang mengamalkan aktiviti yang boleh merebakkan AIDS. Seterusnya, perkara yang penting dilakukan adalah membantu dan menyokong pembawa juman HIV dan pesakit AIDS. Mereka tidak seharusnya disisihkan.

1 comment:

  1. berubah la wahai orang muda...tapi ape2 pom blog ini sangat awesome :D

    ReplyDelete