Sunday, 21 April 2013


Hukuman dan undang-undang dadah

Undang-undang dadah di Malaysia
Ø  Undang-undang dadah di Malaysia meliputi aspek-aspek pencegahan hinggalah pemulihan. Di dalam perlaksanaannya, terdapat kelemahan-kelemahan perundangan yang dikenalpasti secara berterusan dibuat pindaan supaya lebih berkesan.
Ø  Undang-undang utama berkaitan dadah
1)Akta Dadah Berbahaya, 1952
2)Akta Racun, 1952
3)Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas), 1985
4)Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan), 1983 Pindaan 1998)
5)Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta),1988

Akta Dadah Berbahaya 1952
Ø  Tafsiran “Pengedaran Dadah” termasuklah semua perbuatan seperti mengilang, mengimport, mengeksport, menyimpan, menyembunyi, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor, mengendalikan, mengangkut, membawa, menghantar, mengirim, mendapatkan, membekal atau mengedar mana-mana dadah berbahaya.
Ø  seseorang itu adalah dianggap mengedar dadah sekiranya didapati di dalam miliknya:
v  15gram atau lebih berat heroin
v  15gram atau lebih berat morfin
v  15gram atau lebih berat monoasetilmorfin
Ø  bentuk hukuman
v  hukumannya ialah penjara tidak kurang 5 tahun atau penjara seumur hidup atau 10    sebatan rotan.
Ø  hukuman
v  seseorang itu adalah dianggap melakkan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya ia didapati menanam atau mengusahakan pokok ganja (walaupun sepohon) dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada 6 sebatan.
v  Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan diwartakan pada 8 Ogos 2002. Dengan berkuatkuasanya Akta ini mulai 11 November 2002, penagih-penagih dadah yang menagih semula selepas 2 kali menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti atau pengawasan di dalam komuniti akan dikenakan hukuman penjara dari 5 hingga 7 tahun dan sebatan tidak lebih dari 3 sebatan. Sekiranya mereka didapati menagih sekali lagi bagi kali ke 4, mereka akan dihukum penjara dari 7 hingga 13 tahun dan sebatan sebanyak 3 hingga 6 sebatan.

Akta Racun 1952
Ø  tujuan akta
v  tujuan akta ini diwujudkan ialah untuk mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan, penggunaan racun dan penjualan semua jenis ubat-ubatan yang disenaraikan. Sesiapa yang didapati bersalah dibawah akta ini akan diambil tindakan di bawah Akta Racun 1952.
Ø  maksud racun
v  “Racun”  bermaksud bahan-bahan yang dinamakan dan disenaraikan di dalam senarai racun dan termasuklah apa-apa campuran, penyediaan yang mengandungi racun.
Ø  jenis-jenis racun yang berada di bawah kawalan akta ini termasuklah bahan-bahan yang digunakan untuk tujuan perindustrian, perubatan dan pertanian.
Ø  peruntukan-peruntukan penting di bawah Akta Racun, 1952
v  Ketua Pengarah Kesihatan adalah Pegawai Perlesenan di bawah Akta ini. Mereka ini mempunyai bidang kuasa seperti berikut:
(1)menyiasat kesalahan-kesalahan yang dilakukan di bawah akta ini,
(2)memasuki, menggeledah, dan memeriksa premis ubat-ubatan dan menahan serta merampas barang-barang seperti racun, alat-alatan yang menyalahi peraturan mengikut akta ini.

Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983
Ø  tujuan akta APD (R&P)
v  Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 (Pindaan) 1998 digubal bertujuan untuk memberi rawatan dan pemulihan kepada penagih-penagih dadah. Selain merupakan proses rawatan  lanjutan yang menitik beratkan mengawasan keatas penagih-penagih bertujuan memastikan mereka tidak mengulangi penagihan mereka.
Ø  seseorang boleh ditahan untuk ujian air kencingnya di bawah Seksyen 3(1) APD (R&P) 1983 sekiranya disyaki sebagai penagih dadah.
Ø  setelah disahkan bahawa seseorang itu adalah penagih dadah, majistret boleh membuat perintah menurut Seksyen 6(1) samada penagih tersebut:
1) menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan selama 2 tahun dan kemudiannya menjalani pengawasan selama 2 tahun atau
2) diletakkan dibawah pengawasan seseorang pegawai untuk tempoh selama 2-3 tahun.

Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985
Ø  tujuan akta
v  suatu akta bagi membuat peruntukan mengenai tahanan pencegahan orang-orang yang ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubung dengan atau yang membuat pengedaran dadah berbahaya.
Ø  kategori orang yang boleh ditangkap di bawah akta ini adalah seperti berikut :
v  orang yang telah ditangkap di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan dibebaskan oleh mahkamah kerana kekurangan bukti untuk dituduh di mahkamah.
v  orang yang disyaki dan dikenalpasti terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah melalui proses mengumpul maklumat, percakapan, risikan saksi-saksi yang berurusan secara terus dengan seseorang itu.
Ø  seseorang yang ditangkap di bawah akta ini akan :
v  ditahan tidak melebihi 60 hari di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (LLPK) 1952.       
v  tidak dibicarakan di mahkamah
Ø  proses siasatan
            1) laporan siasatan dibuat oleh pihak Polis dan dihantar kepada Pegawai Siasatan.
2) Pegawai Siasatan akan mengesahkan bahawa orang yang disyaki itu benar-benar terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.
3) Laporan siasatan Polis dan laporan Pegawai Siasatan dikemukakan kepada Menteri Dalam Negeri.
4) Menteri akan menimbang kedua-dua laporan dan membuat keputusan samada untuk mengeluarkan Perintah Tahanan, Perintah Sekatan atau membebaskan orang tersebut.

Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta) 1988
Ø  pengenalan
v  masalah pengedaran dadah di negara ini masih berleluasa walaupun hukuman mati dikenakan bagi mereka yang didapati bersalah mengedar dadah. Sebab utama mereka terlibat dengan kegiatan ini ialah untuk mendapatkan keuntungan besar hasil daripada kegiatan haram.
v  menyedari perkara ini, kerajaan telah mengadakan satu undang-undang untuk merampas harta-harta hasil dari kegiatan pengedaran dadah, serta menyabitkan mereka dengan kesalahan-kesalahan berhubung dengan harta tersebut.
Ø  tujuan akta
v  suatu akta bagi membuat peruntukan-peruntukan mengenai kesalahan-kesalahan berhubung dengan harta dan mengenai penyitaan dan perlucutan harta yang berkaitan dengan aktiviti yang ada hubungan dengan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ø  akta ini dikuatkasakan pada 10 Jun 1988 bertujuan memberi kuasa kepada kerajaan melalui:
v  mengesan
v  membeku
v  merampas aset pengedar
Ø  maksud harta yang menyalahi undang-undang
v  Seksyen 2 akta ini memberi erti “harta yang menyalahi undang-undang” kepada 7 bahagian yang mana harta ini diperolehi melalui aktiviti pengedaran dadah atau digunakan untuk menjalani aktiviti pengedaran ini termasuklah saham, wang simpanan, rumah, tanah, kenderaan, perniagaan dan lain-lain harta alih atau tak alih.

1 comment:

  1. The best slots - JTG Hub
    The 순천 출장샵 best slots: 10 best casino slots · 10 계룡 출장안마 best slots · 9 best slots · 8 best slots. Our team of expert 정읍 출장마사지 Vegas-style slot 동해 출장안마 players has 사이트 추천 all the information for all

    ReplyDelete