Saturday 20 April 2013




Pengenalan masalah dadah di Malaysia
*      Dadah bukanlah satu persoalan baru dalam masyarakat di Malaysia. Ia seolah-olah telah menjadi satu ancaman bukan sahaja kepada individu atau keluarga, malah turut menjadi satu masalah besar kepada Negara, juga kepada dunia (Syed Amin). Ia dipercayai telah dibawa masuk ke Negara ini secara berleluasa sejak awal abad 19 (Abdul Ghafar, 1988)
*      Di Malaysia, dadah telah diisyhtiharkan sebagai musuh Negara pada tahun 1983 dan sejak itu tindakan memerangi dadah dilakkan secara agresif dengan meluaskan skop kesedaran di pelbagai peringkat usia sehingga ke akar umbi (Laporan Dadah, 1992). Akibat gejala dadah, Negara telah kerugian tenaga manusia yang tidak produktif, sedangkan mereka inilah yang diharapkan untuk menjana ekonomi Negara dan menjadi harapan di masahadapan. Pada tahun 2002 sahaja, kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM 12.8 juta untuk membina, menyelenggara dan membaikpulih Pusat Serenti di seluruh Negara (Laporan Dadah, 2003)

Sejarah ringkas faktor-faktor kemasukan dadah di Malaysia
*      Sumber dadah dunia
·         Dadah bermula dari 3 kawasan pengeluaran utama dunia
Ø  Golden Crescent
Ø  Golden Triangle
Ø  Emereld Triangle
*      Golden Crescent
·         Merupakan kawasan pengeluaran dadah terbesar yang merangkumi Afghanistan, Pakistan dan Iran.
*      Golden Triangle
·         Kawasan pengeluaran dadah kedua terbesar di dunia yang merangkumi Thailand, Laos dan Myanmar.
*      Emereld Triangle
·         Kawasan ketiga pengeluaran dadah terbesar di dunia merangkumi Colombia, Bolivia, Peru, Guatemala dan Mexico.
*      Candu merupakan dadh yang awal di bawa masuk oleh pendatang cina yang bekerja dilombong-lombong bijih timah. Ganja pula dibawa masuk oleh pendatang dari India yang bekerja di ladang-ladang getah.

Faktor-faktor kemasukan dadah
*      Kedudukan di laluan antarabangsa dari kawasan pengeluaran candu di Golden Triangle ke Australia, Eropah dan Amerika Syarikat.
*      Sempadan daratnya dengan Thailand yang telah menjadi saluran utama pengedaran candu dan bahan-bahan yang dihasilkan di kawasan  Golden Triangle.
*      Bersempadan dengan semua Negara ASEAN yang sesetengahnya juga merupakan Negara pengeluar dadah yang besar.
*      Mempunyai garisan pantai yang panjang dan terdedah serta mempunyai sistem komunikasi yang baik

No comments:

Post a Comment