THINK HEALTH, NO DRUGS..we care we serve...
Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk penulis meluahkan pendapat, pandangan, idea, maklumat serta isu-isu berkaitan dengan dadah. Blog ini juga direka khas untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang musuh nombor satu negara iaitu dadah. Harapan agar pembaca mendapat sedikit sebanyak manfaat daripada penubuhan blog ini. Jangan lihat masa lampau dengan penyesalan. Dan jangan pula lihat masa depan dengan ketakutan. Tetapi lihatlah sekitar anda dengan penuh kesedaran.(James Thurber)
Sunday, 21 April 2013
Pencegahan
relapse
Definisi
relapse
Ø Mendefinisikan
relaps sebagai penggunaan semula dadah selepas berhenti mengambilnya untuk
suatu tempoh tertentu. ( Rasmussen 2009)
Ø Memberikan
takrifan relaps sebagai suatu proses kembali semula kepada keadaan perilaku
yang tidak sihat yang membawa kepada pengunaan semula bahan( dadah) (dennis
1989)
Ø Memberi
takrifan relaps sebagai kegagalan sesorang individu untuk mempertahankan
perubahan tingkahlaku atau gagal untuk memulakan sesuatu perubahan dalam
hidupnya selepas apa yang berlaku terhadap dirinya ( mengambil dadah) (Annis
1994)
Ciri-ciri
penagih relaps
1.
Berasa keliru
2.
Mudah marah
3.
Hilang keyakinan
4.
Kurang bersemangat
5.
Sukar tidur
6.
Suka bersendirian
7.
Tidak dapat mengawal tekanan
Siapakah individu berisiko tinggi relaps
Marlatt
& Gordon( 1985)
1.
Beremosi negatif
-merujuk
kepada seseorang yang mengalami perasaan marah , kecewa, berdukacita, sedih
-
apabila seseorang berada dalam keadaan emosi negatif dan tidak stabil, keadaan
ini mendorong untuk relaps semula.
2. Mengalami konflik interpersonal
-merujuk kepada seseorang yang mengalami
perselisihan faham yang berlaku antara
individu dalam sebuah perkahwinan, antara keluarga, rakan sekerja, ataupun
masyarakat disekeliling dirinya.
-konflik
yang wujud dalam diri penagih sekiranya tidak ditangani mendorong kepada keadaan relaps.
3. Menghadapi tekanan sosial
- merujuk kepada seseorang yang mengalami
tekanan daripada keadaan persekitiraannya yang mencetuskan tabiat menggunakan
dadah.
-
tekanan sosial ini terdiri daripada 2 iaitu (1) tekanan langsung dan (2)
tekanan tidak langsung.
Tekanan
langsung
-Berkaitan dengan
interaksi secara lisan antara individu atau kumpulan tertentu yang memberi
tekanan kepada individu terbabit
-Contoh : penagih yang
telah pulih ditawarkan dadah atau didesak untuk menggunakan semula dadah oleh
rakan atau kumpulan tertentu.
Tekanan
tidak langsung
-Bermaksud keadaan
persekitaran yang mendorong penagih yang telah pulih untuk kembali relaps.
-Contoh
: tempat tinggal yang merupakan sarang penagihan atau ada ahli keluarga yang
masig menagih ( tinggal serumah)
Apakah
teori yang berkaitan dengan penagihan relaps
Teori
perlabelan (howard becker, 1963)
-
Kejadian relaps boleh berlaku apabila
seseorang atau sekumpulan masyarakat tertentu melabelkan penagih dengan label
yang tidak baik( seperti mempersilakan penagih sebagai individu tidak berguna ,
penjenayah & sampah masyarakat)
-
Kesan daripada itu, menyebabkan
seseorang yang dilabel tidak baik itu berkecenderungan tinggi untuk kembali
relaps( kembali kepada penghidupan asal dengan cara mengulangi ketagihan
terhadap dadah)
-
Menurut teori ini sesuatu penyakit atau
masalah hanya boleh disembuh melalui proses kawalan oleh masyarakat
disekeliling individu terbabit( sokongan daripada masyarakat)
Teori keyakinan diri ( Albert
Bandura , 1977)
-
Penagihan relaps boleh berlaku apabila
seseorang yang telah dirawat seringkali mengalami kejayaan yang terhad dalam
hidupnya( seringkali mengalami kkegagalan untuk berhenti menagih) sehingga menjelaskan
tahap keyakinan dirinya untuk berfungsi dengan normal di kalangan masyarakat
sekeliling.
-
Teori ini juga menerangkan bahawa(
individu) penagih yang mempunyai hubungan sosila yang bersifat menyokong
daripada keadaan sekelilingnya akan memperolehi keyakinan diri yang mencukupi
untuk membolehkan mereka hidup secara normal danbebas daripada dadah
Faktor
yang menyebabkan penagih kembali relaps
1. Faktor masyarakat
-memandang
redah
-
mengeji/ memulau
-
tidak menyokong
-
menghukum
-
tidak bersimpati
2. Faktor keluarga
-
Hubungan renggang
-
Tiada masa
-
Tidak peduli
-
Berpecah belah
-
Tiada komunikasi
-
Keluarga bermasalah
3. Faktor rakan lama
-
Masih menagih
-
Mendesak
-
Bersimpati
-
Teman berduka
-
Terpengaruh
4. Faktor pekerjaan ( majikan)
-
Menghina
-
Tidak menerima
-
Pilih kasih
-
Tiada sokongan
5. Faktor keyakinan diri
-
Tidak mantap
-
Rendah diri
6. Faktor lain
-
Tempoh menagih terlalu lama
-
Motivasi rendah
-
Strategi
daya tindak lemah
Faktor risiko
-
Kurang perhatian ibu bapa
-
adanya bekalan dadah
-
kemiskinan
Faktor pelindung
-
Kawalan diri
-
Hubungan positif
-
Pengawasan dan hubungan ibu bapa
-
Kecekapan akademik
-
Bersikap antidadah
-
Sifat kejiranan yang kuat
Kepentingan Pencegahan
relaps
-
Memberi panduan hidup
-
Memutuskan pergantungan kepada dadah
-
Mengelak pnyakit kronik
-
Membantu mengubati penagihan
Model
pencegahan relaps
1.
Peringkat
peralihan – penagih perlu berusaha mendapatkan pengalaman
tentang beberapa simpton dadah
-Cuba mendapatkan rawatan untuk
memulihkan kesan dadah
2.
peringkat keseimbangan – merupakan
tahap permulaan rawatan ( proses ditoksifikasi)
-
tujuan adalah untuk menstabilkan keadaan penagih
3.
peringkat permulaan rawatan – pesakit
akan mula sedar tentang kesan penyalahgunaan dadah
-
bersedia untuk berusaha menguruskan kehidupan mereka tanpa menggunakan dadah.
4.
peringkat pertengahan rawatan –
bermulanya proses perubahan untuk menyeimbangkan gaya hidup bebas daripada
dadah
5.
peringkat rawatan akhir- pesakit akan
didedahkan dengan proses kaunseling
-
tujuan adalah untuk memberi panduan dan mendedahkan mereka kepada risiko yang
bakal mendorong berlakunya relaps
6.
peringkat pengekalan- merupakan
proses seumur hidup untuk meningkatkan
kemahiran bagaimana cara terbaik untuk menangani atau berhadapan dengan
sesuatu masalah yang timbul
Peranan pekerja sosial
1.
perlu memberi sokongan ( menerima +
rakan pembimbing)
2.
mengubah persepsi/ tanggapan negative
terhadap penagih
3.
perlu bersedia / ikhlas sukarela membatu
Hukuman dan
undang-undang dadah
Undang-undang
dadah di Malaysia
Ø Undang-undang
dadah di Malaysia meliputi aspek-aspek pencegahan hinggalah pemulihan. Di dalam
perlaksanaannya, terdapat kelemahan-kelemahan perundangan yang dikenalpasti
secara berterusan dibuat pindaan supaya lebih berkesan.
Ø Undang-undang
utama berkaitan dadah
1)Akta
Dadah Berbahaya, 1952
2)Akta
Racun, 1952
3)Akta
Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas), 1985
4)Akta
Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan), 1983 Pindaan 1998)
5)Akta
Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta),1988
Akta
Dadah Berbahaya 1952
Ø Tafsiran
“Pengedaran Dadah” termasuklah semua perbuatan seperti mengilang, mengimport,
mengeksport, menyimpan, menyembunyi, membeli, menjual, memberi, menerima,
menyetor, mengendalikan, mengangkut, membawa, menghantar, mengirim,
mendapatkan, membekal atau mengedar mana-mana dadah berbahaya.
Ø seseorang
itu adalah dianggap mengedar dadah sekiranya didapati di dalam miliknya:
v 15gram
atau lebih berat heroin
v 15gram
atau lebih berat morfin
v 15gram
atau lebih berat monoasetilmorfin
Ø bentuk
hukuman
v hukumannya
ialah penjara tidak kurang 5 tahun atau penjara seumur hidup atau 10 sebatan rotan.
Ø hukuman
v seseorang
itu adalah dianggap melakkan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya
1952 sekiranya ia didapati menanam atau mengusahakan pokok ganja (walaupun
sepohon) dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang
daripada 6 sebatan.
v Akta
Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan diwartakan
pada 8 Ogos 2002. Dengan berkuatkuasanya Akta ini mulai 11 November 2002,
penagih-penagih dadah yang menagih semula selepas 2 kali menjalani rawatan dan
pemulihan di Pusat Serenti atau pengawasan di dalam komuniti akan dikenakan
hukuman penjara dari 5 hingga 7 tahun dan sebatan tidak lebih dari 3 sebatan.
Sekiranya mereka didapati menagih sekali lagi bagi kali ke 4, mereka akan
dihukum penjara dari 7 hingga 13 tahun dan sebatan sebanyak 3 hingga 6 sebatan.
Akta
Racun 1952
Ø tujuan
akta
v tujuan
akta ini diwujudkan ialah untuk mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran,
penjualan, penggunaan racun dan penjualan semua jenis ubat-ubatan yang
disenaraikan. Sesiapa yang didapati bersalah dibawah akta ini akan diambil
tindakan di bawah Akta Racun 1952.
Ø maksud
racun
v “Racun” bermaksud bahan-bahan yang dinamakan dan
disenaraikan di dalam senarai racun dan termasuklah apa-apa campuran,
penyediaan yang mengandungi racun.
Ø jenis-jenis
racun yang berada di bawah kawalan akta ini termasuklah bahan-bahan yang
digunakan untuk tujuan perindustrian, perubatan dan pertanian.
Ø peruntukan-peruntukan
penting di bawah Akta Racun, 1952
v Ketua
Pengarah Kesihatan adalah Pegawai Perlesenan di bawah Akta ini. Mereka ini
mempunyai bidang kuasa seperti berikut:
(1)menyiasat
kesalahan-kesalahan yang dilakukan di bawah akta ini,
(2)memasuki,
menggeledah, dan memeriksa premis ubat-ubatan dan menahan serta merampas
barang-barang seperti racun, alat-alatan yang menyalahi peraturan mengikut akta
ini.
Akta
Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983
Ø tujuan
akta APD (R&P)
v Akta
Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 (Pindaan) 1998 digubal bertujuan
untuk memberi rawatan dan pemulihan kepada penagih-penagih dadah. Selain
merupakan proses rawatan lanjutan yang
menitik beratkan mengawasan keatas penagih-penagih bertujuan memastikan mereka
tidak mengulangi penagihan mereka.
Ø seseorang
boleh ditahan untuk ujian air kencingnya di bawah Seksyen 3(1) APD (R&P)
1983 sekiranya disyaki sebagai penagih dadah.
Ø setelah
disahkan bahawa seseorang itu adalah penagih dadah, majistret boleh membuat
perintah menurut Seksyen 6(1) samada penagih tersebut:
1)
menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan selama 2 tahun dan
kemudiannya menjalani pengawasan selama 2 tahun atau
2)
diletakkan dibawah pengawasan seseorang pegawai untuk tempoh selama 2-3 tahun.
Akta
Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985
Ø tujuan
akta
v suatu
akta bagi membuat peruntukan mengenai tahanan pencegahan orang-orang yang ada
kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubung dengan atau yang membuat
pengedaran dadah berbahaya.
Ø kategori
orang yang boleh ditangkap di bawah akta ini adalah seperti berikut :
v orang
yang telah ditangkap di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan dibebaskan oleh mahkamah
kerana kekurangan bukti untuk dituduh di mahkamah.
v orang
yang disyaki dan dikenalpasti terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah melalui
proses mengumpul maklumat, percakapan, risikan saksi-saksi yang berurusan
secara terus dengan seseorang itu.
Ø seseorang
yang ditangkap di bawah akta ini akan :
v ditahan
tidak melebihi 60 hari di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (LLPK) 1952.
v tidak
dibicarakan di mahkamah
Ø proses
siasatan
1) laporan siasatan dibuat oleh pihak Polis dan dihantar
kepada Pegawai Siasatan.
2)
Pegawai Siasatan akan mengesahkan bahawa orang yang disyaki itu benar-benar
terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.
3)
Laporan siasatan Polis dan laporan Pegawai Siasatan dikemukakan kepada Menteri
Dalam Negeri.
4)
Menteri akan menimbang kedua-dua laporan dan membuat keputusan samada untuk
mengeluarkan Perintah Tahanan, Perintah Sekatan atau membebaskan orang
tersebut.
Akta
Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta) 1988
Ø pengenalan
v masalah
pengedaran dadah di negara ini masih berleluasa walaupun hukuman mati dikenakan
bagi mereka yang didapati bersalah mengedar dadah. Sebab utama mereka terlibat
dengan kegiatan ini ialah untuk mendapatkan keuntungan besar hasil daripada
kegiatan haram.
v menyedari
perkara ini, kerajaan telah mengadakan satu undang-undang untuk merampas
harta-harta hasil dari kegiatan pengedaran dadah, serta menyabitkan mereka
dengan kesalahan-kesalahan berhubung dengan harta tersebut.
Ø tujuan
akta
v suatu
akta bagi membuat peruntukan-peruntukan mengenai kesalahan-kesalahan berhubung
dengan harta dan mengenai penyitaan dan perlucutan harta yang berkaitan dengan
aktiviti yang ada hubungan dengan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Dadah
Berbahaya 1952.
Ø akta
ini dikuatkasakan pada 10 Jun 1988 bertujuan memberi kuasa kepada kerajaan
melalui:
v mengesan
v membeku
v merampas
aset pengedar
Ø maksud
harta yang menyalahi undang-undang
v Seksyen
2 akta ini memberi erti “harta yang menyalahi undang-undang” kepada 7 bahagian
yang mana harta ini diperolehi melalui aktiviti pengedaran dadah atau digunakan
untuk menjalani aktiviti pengedaran ini termasuklah saham, wang simpanan,
rumah, tanah, kenderaan, perniagaan dan lain-lain harta alih atau tak alih.
Saturday, 20 April 2013
Entry terbaru ni
penulis nak update blog mengenai AIDS,, =) dan diharap entry ni dapat membantu
semua dalam memahami serba sedikit berkenaan dengan AIDS..
SELAMAT
MEMBACA =)
Dadah,
kesihatan mental & HIV/AIDS
Apakah
yang dimaksudkan dengan AIDS??
Penyakit AIDS
merupakan ‘Acuired Immune Deficiency Syndrome’ (Sindrom Kurang Daya Tahan
Melawan Penyakit). Ianya disebabkan oleh jangkitan virus yang melemahkan atau
melumpuhkan sistem pertahanan badan. Akibatnya, badan tidak berupaya melawan
serangan pelbagai jenis kuman lain yang biasanya tidak menyebabkan penyakit
dikalangan individu yang sihat.
Kuman
HIV
Kuman penyebab
penyakit HIV dipanggil ‘Human Immuno-deficiency Virus’ (HIV). Kuman ini boleh hidup dan membiak dalam badan
manusia. di luar badan, kuman ini boleh dimusnahkan pada suhu lebih dari 56
darjah celcius dan juga oleh bahan kimia seperti klorin yang terdapat dalam air
paip. Kuman HIV terdapat di dalam semua bendalir badan manusia terutamanya
(konsentrasi yang tinggi) dalam darah, air mani dan cairan Vagina orang-orang
yang telah dijangkiti oleh kuman ini (pembawa kuman HIV).
Cara
HIV berjangkit.
1-
Berkongsi
jarum suntikan dengan orang yang dijangkiti. Cth, penagih dadah
2-
Dari
ibu hamil yang dijangkiti kepada bayi kandungan, semasa kelahiran atau semasa
penyusuan ibu.
3-
Perhubungan
seks dengan mereka yang telah dijangkiti kuman HIV secara sama ada secara
homoseksual, biseksual dan hetereoseksual
4-
Penerimaan
organ, darah, tisu, sperma dan lain-lain dari penderma yang dijangkiti HIV.
Sindrom
AIDS
Tanda dan gejala
- Hilang berat badan secara mendadak
- Cirit birit berpanjangan
- Bengkak kelenjar
- Keletihan teruk
- Keputihan dimulut
- Batuk berpanjangan dan sesak nafas
- Kulit melepuh
Ujian
darah
Ujian darah ini
adalah untuk mengesan antibodi terhadap kuman HIV. Antibodi ini adalah bahan
yang dihasilkan oleh badan seseorang yang dijangkiti kuman HIV. Pengesanan awal
jangkitan ini boleh membantughidap menjaga tahap kesihatan mereka dan mencegah
dari menjangkiti virus HIV kepada orang lain tanpa sedar.
Keputusan
POSITIF, bermakna wujid antibodi HIV dalam darah anda. Dapatkan nasihat dan
rawatan daripada doktor dengan segera
Keputusan
NEGATIF, tidak bermaknaanda bebas dari jangkitan HIV. Anda mungkin berada dalam
waktu jendela (Window period), iaitu 45-60 hari dari tarikh kuman HIV masuk ke
dalam tubuh, iaitu satu jangkamasa di mana antiboodi HIV seseorang belum
dihasilkan walaupun telah dijangkiti HIV.
Jenis
ujian makmal
1.
Ujian
Antibodi Hiv
2.
Ujian
CD4
3.
Ujian
‘Viral load’
4.
Perkhidmatan
Kaunserling.
Rawatan
dan vaksin
v Rawatan
Sehingga
kini masih TIADA rawatan bagi AIDS. Semua pesakit Aids akhirnya akan mati
disebabkan penyakit ini. (tanpa rawatan pesakit aids boleh maut dalam masa 2
tahun.
v Vaksin
Masih
tiada vaksin yang sesuai dan masih lagi diperingkat percubaan.
Peranan
pekerja sosial dalam mencegah HIV/AIDS
Sebagai pekerja
sosial dan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab anda perlu menjauhkan diri
dari terlibat dengan sebarang aktiviti yang boleh merebakkan AIDS. Selain itu, anda juga perlu menasihati dan
mempengaruhi sahabat, saudara mara dan orang lain yang mengamalkan aktiviti
yang boleh merebakkan AIDS. Seterusnya, perkara yang penting dilakukan adalah
membantu dan menyokong pembawa juman HIV dan pesakit AIDS. Mereka tidak
seharusnya disisihkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)