Saturday, 20 April 2013

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan dadah



FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESAN DADAH

1-    Jenis Dadah
Perbezaan dari segi kesan fungsi sistem saraf pusat iaitu sama ada merosakkan (cth: heroin) atau merangsang (cth: amfetamin & kokain) atau merosakkan dan merangsangkan (cth: ganja)
2-   Jumlah Gunaan
Kesan dari dos kecil adalah berbeza dari kesan dos besar.
3-   Cara penggunaan
Kesan dadah bergantung kepada cara (sama ada ditelan, suntik, hidu hisap atau diguna bersama dadah lain), jangkamasa dan kekerapan mengguna.
4-   Keadaan individu
Kesan adalah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan , daya tahan, pengalaman penggunaan dadah, mood dan aktiviti penagih.
5-   Situasi ketika mengguna
Keadaan/ tempat mengguna dadah sama ada terdapat orang lain hadir atau tidak bersama mereka.

APAKAH PERGANTUNGAN PADA DADAH?

Pergantungan pada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya yang wujud daripada penggunaan dadah yang berterusan atau pada waktu-waktu yang tertentu.
Terdapat 2 jenis pergantungan pada dadah iaitu:
1)      Psikologikal- pergantungan secara psikik atau psikologikal merupakan satu keadaan dimana penagih mengalami gian atau mengidam untuk menggunakan dadah supaya dapat berfungsi secara normal serta mencapai ketenangan jiwa. 
2)      Fizikal- keadaan dimana badan penagih memerlukan dadah untuk proses fisiologi yang biasa. Jika penggunaan dadah diberhentikan akan menimbulkan gejala-gejala tarikan. Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu dari segi tingkahlaku dan fizikal seseorang penagih dadah yang ditunjukkan semasa tidak menggunakan dadah dalam masa tertentu. Cth, sakit perut, muntah, cirit-birit, menggeletar dan sebagainya.

Jenis-jenis dadah
                  -  Kanabis

                  - Stimulan

               -  Halusinogen



                  - Inhalan



Kanabis
Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperolehi dari pokok ‘cannabis sativa’. Jenis-jenis dadah Kanabis adalah Ganja, Marijuana, Hashish, Hashish Oil.
Ganja diperolehi dari pokok ganja. Nama popular di Malaysia adalah tahi kambing, sayur, dam, pot, stone dan sebagainya. Cara penggunaan ganja adalah dengan cara menghisap.
Hashish. Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan dan dihasilkanmenjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan lilin. Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam. Hashish digunakan dengan cara menghisap.
Minyak hashish dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan menggunakan bahan pelarut. Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila terdedah kepada udara. Cara pengambilan adalah dengan menghisap bersama rokok dan ganja.

Halusinogen
Halusinogen merupakan dadah asli dan sintatik, berupaya mengubah pandangan visual yang menyebabkan ilusi sehingga susah untuk membezakan yang benar dan yang tidak (dadah yang merosakkan jiwa). Antara jenis dadah halusinogen yang biasa didengar adalah ketamine.

Inhalan
Inhalan ialah barangan domestik yang bersifat meruap yang boleh mendatangkan kesan khayal kepada individu. Antara bahan domestik tersebut adalah petrol, thiner, pemetik api dan gam. Cara penggunaan barang tersebut adalah menyedut  melalui hidung dan mulut.







   

Dadah, Jenis dan Kesan Terhadap Individu





Apa itu dadah?

ü  Istilah 'Drug' dalam bahasa Inggeris diertikan sebagai  ubat-ubatan. Dalam bahasa Melayu dadah merupakan istilah khusus yang dicipta untuk memberi pengertian penyalahgunaan.

Maksud Penyalahgunaan Dadah

ü  Pengambilan dadah yang berleluasa di luar batas kemanusiaan.
ü  Mengambil dadah bukan untuk tujuan rawatan perubatan.
ü  Mengambil dadah lebih daripada tempoh masa preskripsi.




Definisi Dadah

ü  Menurut AADK (2005) dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang digunakan  bukan untuk tujuan perubatan yang mana penggunaannya dilarang. Bahan-bahan ini menyebabkan pergantungan secara fizikal dan pskologikal serta tolerans yang meningkat. Penggunaan dadah mengakibatkan kesan buruk kepada kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.

Dadah dan Ciri-cirinya

ü  Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang).
ü  Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang.
ü  Diperolehi secara haram.
ü  Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah.
ü  Mendatangkan kesan-kesan buruk/ bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial.


Jenis-jenis dadah

ü  Depresen
ü  Psikotrapik
ü  Opiat


Apa itu Dadah Depresen??

ü  Merupakan bahan perubatan ubat penenang, untuk menukarkan sistem saraf pusat. Ia digolongkan sebagai dadah apabila disalahgunakan.
ü  Dadah Depresen meliputi dadah seperti Methaqualone dan tempat pengeluaran ialah di India, Jepun dan Benua Eropah. Yang kedua ialah Tranquliser dan tempat pengeluaranya ialah di Amerika Syarikat, Mexico dan Colombia. Yang ketiga ialah Eremin 5 dan pengeluaranya ialah di China, Taiwan dan Myanmar.

Kesan Pengambilan dadah Depresen

ü  tidak boleh tidur, lemah lesu, suhu badan meningkat, tekanan darah rendah, muntah-muntah, tidak sedar diri dan mati

Apa itu Dadah Psikotrapik??

ü  adalah dadah yang bertindak kepada otak dan merangsang fizikal.
ü  Dadah Psikotrapik yang dikenali seperti Amphetamine Type Stimulants (ATS) dan pengeluarannya di Jerman, Belanda. Dadah Methamthetamine yang dikenali sebagai syabu dan tempat pengeluarannya ialah di China, Taiwan dan Myanmar. Dadah MDMA( Methylenedioxymeth amphetamine dan Ectasy pula pengeluarannya ialah di Belanda, Jerman dan Indonesia

Kesan Pengambilan Dadah Psikotrapik
ü  perasaan yakin pada diri sendiri boleh berjaga tanpa tidur selama 2 hingga 3 hari, hilang selera makan, bimbang berpanjangan, penurunan berat badan, hilang daya ingatan, penyakit saraf dan jarang tidur.


Apa itu Dadah Opiat??

ü  Juga dikenali sebagai narkotik. Bahan yang digunakan dalam perubatan untuk meniduri atau melegakan kesakitan. Mempunyai potensi yang tinggi terhadap ketagihan.
ü  Jenis-jenis dadah opiat ialah seperti Candu, Heroin, Morfin dan Kodein. tempat pengeluaran ialah di Amerika Selatan, Colombia, Guatamala, Mexico, Asia Tenggara, Burma, Loas, Thailand dan Pakistan.




  •     CANDU MASAK

v  Merupakan candu yang telah disediakan untuk  dihisap. Ia diperolehi melalui proses ringkas yang melibatkan percampuran candu mentah dengan air. Kemudian dipanaskan sehingga pekat dan berwarna hitam.
v  Cara pengambilannya ialah dihisap dengan menggunakan paip.



  •     MORFIN

v  Berasal dari perkataan Merpheus- The Greek God of Dream. Morfin dicipta di Jerman dalam tahun 1803 sebagai ubat dan banyak digunakan oleh tentera semasa perang.
v  Cara pengambilan ialah melalui suntikan, snort(menyedut melalui hidung).





  •     KODEIN

v  Dadah Kodein merupakan sejenis bahan alcohol yang wujud secara semulajadi dalam candu. Di dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan secara sederhana dan sebagai ubat batuk.
v  Cara pengambilan kodein ialah dengan menelan dan menyuntik. Nama jalanan dadah kodein ini ialah sebagai ubat batuk.
v  Penggunaan Kodein digunakan sebagai pelali sakit kesakitan, untuk kelegaan batuk kering, sebagai penawar untuk cirit birit dan digunakan oleh penagih sebagai pengganti dadah. 





  •     HEROIN 

v  Dadah Heroin  pula berasal dari perkataan Jerman iaitu ‘Heroish’ yang bermakna kuat dan digunakan di Jerman dalam tahun 1898 untuk menghilangkan kesan tarikan (fit) morfin. Ia dihasilkan daripada morfin tetapi mempunyai 20-25 kali ganda lebih kuat daripada Morfin. Dalam kalangan penagih ia terkenal dengan panggilan Fit, Fun, Tepung, Cik Putih, Barang, Penang Pink dan sebagainya.



MENGENALI PENAGIH DADAH HEROIN DAN MORFIN

v  Mengantuk
v  Hilang daya pertimbangan
v  Hialang selera makan
v  Cemas
v  Pertuturan tidak jelas
v  Mata hitam mengecil( morfin- membesar )
v  Sembelit/ Cirit birit
v  Halusinasi
v  Tindakbalas lambat



Kesan tarikan heroin & morfin

Ø  Mudah marah dan resah
Ø  Sugul
Ø  Berpeluh berlebihan
Ø  Tidak boleh tidur
Ø  Tegang perut
Ø  Cemas dan takut
Ø  Mata dan hidung berair


KESAN-KESAN PENGGUNAAN ( HEROIN & MORFIN)

-          Risiko dos berlebihan yang boleh mengakibatkan kematian mengejut.
-          Risiko kemalangan yang mana dalam keadaan mabuk ataupun khayal menyebabkan penagih tidak dapat mengawal pergerakan badan.
-          Risiko jangkitan penyakit seperti jangkitan AIDS, hepatitis dan kancing gigi. Keracunan dalam darah juga boleh berlaku apabila penagih menggunakan alat-alat suntikan yang kotor.